KINABATANGAN: Seekor gajah Borneo Pygmy ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang Sukau pada Sabtu lalu.
Gajah betina berusia 25 tahun itu ditemui oleh pihak penyelidik hidupan liar pada jam 8.30 pagi sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada hari yang sama iaitu pada jam 7.11 malam.
Katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kinabatangan bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan, Unit Veterinar Sepilok dan Unit Penyelamat Hidupan Liar Kinabatangan ke lokasi kejadian.
"Lokasi terletak kira-kira 66 kilometer dari Pekan Kinabatangan dan sebaik tiba, siasatan mendapati bangkai terbabit adalah gajah jenis Borneo Pygmy betina berusia lingkungan 25 tahun.
"Pemeriksaan fizikal mendapati tiada organ-organ gajah yang hilang dan gajah tersebut dipercayai telah mati dalam tempoh tiga hingga empat hari dari tarikh ditemui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, hasil bedah siasat yang dijalankan, kematian haiwan itu berpunca daripada keradangan teruk pada bahagian organ dalaman.
"Kematian gajah ini berpunca daripada keradangan teruk pada beberapa organ dalaman seperti usus dan perut sehingga organ-organ tersebut gagal berfungsi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 11 2021
Bangkai gajah Borneo Pygmy betina ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang Sukau, Sukau. -Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Gajah Borneo Pygmy betina ditemukan mati
Hasil bedah siasat yang dijalankan, kematian haiwan itu berpunca daripada keradangan teruk pada bahagian organ dalaman.